Ramai yang menganggap kolestrol, kegemukan dan lemak adalah perkara yang sama. Ini adalah satu misconception yang lazim. Kolestrol adalah dari makanan yang berlemak, dan selepas menjalani proses penghazaman, menghasilkan pelbagai jenis kolestrol. Kolestrol jahat akan dideposit di salur darah. Calories dari permakanan (samaada dari sumber lemak atau kanji) akan digunakan untuk tenaga, namun lebihan calories akan ditukarkan menjadi adipose tissue yang akhirnya dideposikan di bawah kulit dan dikeliling organ-organ seperti perut dan buah pinggang. Adipose tissue ini yang kita selalu istilahkan sebagai lemak dan menyebabkan kegemukan.
JENIS-JENIS KOLESTROL
Selepas makanan berlemak masuk kedalam perut, berlaku pelbagai jenis proses penghazaman yang akhirnya menghasilkan TRIGLYCERIDE atau kolestrol dari sumber permakanan. Jadi, tahap Triglyceride dapat menentukan tahap permakanan lemak seseorang.
Triglyceride ini akan masuk dalam salur darah dan dibawa ke hati, yang merupakan organ penting dalam pemprosesan jenis-jenis kolestrol. Hati akan membahagi-bahagikan Triglyceride in kepada beberapa jenis kolestrol.
Antara jenis-jenis kolestrol yang terpenting adalah HDL dan LDL, namun terdapat juga jenis-jenis lain yang tidak berapa memainkan peranan penting seperti Very Low Density Cholestrol.
HDL (High Density Cholestrol) adalah kolestrol baik kerana ianya bertindak sebagai pembersih salur darah, manakala LDL (Low Density Cholestrol) adalah kolestrol jahat kerana ianya menyempitkan diameter salur darah.
CARA MENAFSIR UJIAN KOLESTROL DALAM DARAH
Setelah berpuasa selama 10jam, ujian kolestrol dalam darah (Lipid Profile) boleh dilakukan dan contoh keputusan adalah seperti berikut. (Terdapat dua unit dalam sukatan kolestrol, namun di Klinik Az-Zahra, unit ini biasa digunakan)
Total Cholestrol (jumlah kolestrol) adalah terlalu klise , tidak begitu memberi makna kecuali nilai yang melebihi 6.5
Langkah 1: Menilai LDL dan HDL
HDL 75% dari kadar sepatutnya (kurang sebanyak 25%)
LDL 80% dari kadar normal (kurang sebanyak 25%)
Jadi kadar salur darah ditimbus adalah 80% manakala kadar ianya dikorek hanya 75%.
Bererti, salur darah sentiasa dalam keadaan lebih ditimbus, dan kalau di biarkan ia akan bertambah tersumbat
Langkah 2: Menilai risiko komplikasi jantung
Nilai Total/HDL Ratio ialah indikasi kepada risiko jantung dan angin ahmar. Sesetengah makmal menggunakan 4.5 keatas dan dalam kes di atas, 5.0. Jadi dalam kes di atas, ada risiko sakit jantung yang agak serius.
Langkah 3: Mengenalpasti punca masalah
Seandainya ada masalah salur darah tersumbat (peratusan LDL lebih daripada HDL), kita boleh mencari punca permasalahan kolestrol itu. Ianya boleh berpunca daripada masalah permakanan, kerosakan hati atau masalah keturunan.
Masalah permakanan dapat diketahui melalui nilai Triglyceride. Seperti kes di atas, nilai Triglyceride terlalu tinggi dan inilah punca kepada pembahagian kolestrol yang tidak stabil
Untuk mengetahui masalah hati, Liver Function Test (LFT) perlu dilakukan dan sekiranya ada masalah hati, parameter dalam ujian itu adalah tidak normal.
Seandainya Triglyceride normal (bererti tiada masalah permakanan) dan LFT juga normal (tiada kerosakan hati), maka punca masalah abnormal kolestrol adalah dari keturunan.
CARA MENGUBATI MASALAH KOLESTROL
Ubat bukanlah perkara utama dalam mengubati masalah kolestrol. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil, secara urutan, untuk menangani masalah ini.
1: Permakanan yang sihat
Piramid makanan perlu di patuhi. Makanan yang perlu dielakkan adalah seperti kambing, makanan laut, hati, limpa dan organ dalaman, santan dan makanan kering seperti ikan kering.
2: Senaman
Sekurang-kurangnya selama 30 min tanpa henti dan tiga hingga lima kali seminggu. Senaman akan secara terus menurunkan LDL.
3: Berat badan ideal
Body Mass Index (BMI) antara 18 hingga 23 adalah yang terbaik. Apabila penjagaan makanan dan senaman dilakukan, Insyaallah berat badan akan dijaga. Ukur lilit pinggang (lelaki < 36 inci dan perempuan<32 inci) juga harus dijaga kerana kebanyakan adipose tissue dideposit di kawasan pinggang.
4: Ubat
Bukanlah perkara utama dan pada pendapat saya, sekiranya digunakan dengan betul, tidak perlu digunakan sepanjang hayat. Biasanya saya akan menggunakan dose yang lebih tinggi selama 3 hingga 6 bulan sahaja.
Terima kasih Dr..........tulisan Tuan sangat bermenafaat untuk dijadikan pedoman bagi mereka yang ingin keluar dari masalah KolestroL yang tinggi...cuma sedikit kesal ada segelintir pengamal perubatan yang suka pesakitnya mengambil ubat dalam kadar masa yang panjang, mungkin ianya kerana "BUSINESS"...walahualam
ReplyDelete